Monday, April 30, 2012

NEWS

Perbelanjaan sektor IT RM24.8b

PERBELANJAAN sektor telekomunikasi maklumat (IT) di Malaysia dijangka mencecah AS$8.2 bilion (RM24.8 bilion) menjelang akhir tahun ini, meningkat 10.1 peratus berbanding 2011.

Pengurus Penyelidikan Kanan International Data Corp (IDC) Asia Pasifik, Sudev Bangah berkata, unjuran didorong beberapa faktor utama yang memberi impak komersial dalam industri ICT.


Beliau berkata, meskipun ekonomi dunia dalam keadaan tidak menentu ia juga boleh disifatkan sebagai ‘tahun penuh peluang’ yang akan memberikan kesan besar ke atas pasaran ICT.


“Antaranya, peningkatan penggunaan IT dalam sektor tradisional, penggunaan sistem perkomputeran ‘cloud’, pengenalan peranti mudah alih pintar, faktor penekanan teknologi mesra pengguna dan pengenalan lebih banyak telefon pintar yang dijual pada harga murah. erharga lebih murah, penyedia kandungan tempatan yang akan menembusi pasaran luar serta penjimatan kos oleh PKS yang lebih banyak menggunakan sistem IT.


-----------------------------------

ICT bantu kecemerlangan pelajar


JIKA dulu proses pembelajaran sukar dan membosankan, kini segalanya berubah dengan penggunaan pelbagai gajet teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di menara gading.

Tidak perlu bersusah payah menyalin nota, berhujan berpanas ke perpustakaan atau bertungkus-lumus menyediakan kertas pembentangan kerja kerana kini semuanya di hujung jari.

Meskipun penggunaan gajet memudahkan urusan, timbul isu yang mendakwa mahasiswa semakin malas dan tidak kreatif kerana terlalu manja dengan pemodenan.


Dengan kata lain, pelajar kini semakin hilang ‘nikmat’ dan rasa tanggungjawab terhadap pengajian berbanding pelajar dulu yang lebih menghargai kesusahan demi kejayaan.

Timbalan Dekan Fakulti Sains Maklumat dan Kejuruteraan Management and Science University (MSU), Adam Amril Jaharadak, berkata masyarakat tidak mampu menolak pembaharuan dan menerimanya sebagai proses kelangsungan hidup.


Beliau berkata, keperluan pelbagai gajet teknologi bukan lagi sebagai aset kemewahan, namun keperluan dalam dunia moden ini.

“Masyarakat seluruh dunia berlumba-lumba mengorak langkah meneroka pelbagai kecanggihan ICT. Mereka teruja dan tidak sabar menanti penampilan baru gajet terkini kerana tahu manfaatnya.

“Jadi, bukalah minda, jangan asyik terkongkong dengan pemikiran lama.

“Segalanya memerlukan ICT, bayangkan jika dunia tanpanya, pasti kehidupan suram dan pemikiran tidak berkembang,” katanya.


Ledakan ICT melanda dunia sejak sedekad lalu apabila Internet diperkenalkan sekali gus pembantu utama manusia mendapatkan pelbagai ilmu dan maklumat.

Melepasi tempoh itu, dunia ICT semakin memuncak dengan penghasilan gajet terbaru dengan harga mampu milik.

Telefon bimbit, komputer riba, Internet tanpa wayar antara gajet ICT pelbagai versi yang silih ganti mewarnai pasaran.

Beliau menolak andaian pelajar menjadi semakin malas dengan bantuan teknologi sebaliknya menganggap itu hanya dakwaan tanpa asas.

Penggunaan pelbagai gajet ICT, katanya, menjadi pelajar lebih cemerlang kerana penggunaan itu banyak membantu menjana pelbagai idea dan membentuk kreativiti.


“ICT bukan medium yang boleh melencongkan pemikiran pelajar secara total atau menjadikan mereka pasif, ia terpulang kepada individu itu sendiri.

“Secara umum, ICT membantu menjadikan proses pembelajaran lebih seronok, berdaya saing, penuh dengan maklumat dan pelbagai informasi.

“Jangan menafikan hak pelajar mempelbagaikan kemahiran sedangkan itulah diperlukan industri,” katanya turut menyelar pendapat masyarakat pelajar hari ini hanya dilonggokkan kesenangan dalam pelbagai aspek.


Katanya, tanggapan itu tidak adil kerana kita hidup pada zaman berbeza. Dulu kita juga menikmati kemajuan teknologi yang tersedia. Situasi sama juga berlaku sekarang.

“Menyamakan kehendak dulu dengan sekarang tentu tidak boleh.

“Apa boleh dilakukan, memberi nasihat, teguran selain pemantauan agar gajet sedia ada tidak disalah guna,” katanya.

Seorang mahasiswa, Siti Nur Murni Saiful Anwar, 20, berkata kemudahan teknologi membantunya menyiapkan pelbagai tugasan selain meluaskan pengetahuan tanpa sempadan.


“Dengan ICT, proses pembelajaran jadi mudah dan seronok malah tidak terlalu bergantung kepada pensyarah.

“Justeru tidak timbul ICT menjadikan individu pasif. Sebagai pelajar, kami lebih tahu kepentingan pelbagai gajet ini,” katanya.

-----------------------------------

Jangan cepat puas hati

Oleh Afiq Hanif
afiq@hmetro.com.my


MALAYSIA tidak seharusnya menarik nafas lega selepas pengumuman penembusan jalur lebar yang kini mencecah 55.6 peratus kerana banyak lagi usaha perlu dilakukan untuk memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Multimedia Development Corporation Berhad (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali, berkata ia seharusnya menjadi motivasi untuk terus memajukan negara ini yang berupaya memacu tahap keusahawanan dan inovasi.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata kadar
penembusan jalur lebar Malaysia yang melepasi sasaran asal 50 peratus tidak menjamin pertumbuhan ekonomi Malaysia dan meningkatkan kesejahteraan rakyatnya.


“Kenyataan terbabit perlu disusuli dengan penambahan usaha berasaskan ICT untuk berdaya saing dan bertindak sebagai pembangunan sosial berasaskan ekonomi berpengetahuan,” katanya dalam kenyataannya kepada IT@Metro.

Menurutnya, ICT menyumbang pendapatan tinggi kepada KDNK Malaysia dan ia menjadi 12 teras utama dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan separuh daripada 131 Projek Permulaan (EPP) bersandarkan ICT.

Ketika Mesyuarat Menteri-Menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat Asean ke-10 di Kuala Lumpur, Najib berkata kemajuan prasarana komunikasi perlu diikuti dengan aplikasi sebenar dan kukuh yang akan meningkatkan pengeluaran produktiviti.

“Model Baru ekonomi (MBE) yang ditambah dengan penambahbaikan yang berterusan dalam prasarana komunikasi dan IT bermatlamat mengubah ekonomi Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi dan pertumbuhan kualiti untuk tempoh satu dekad,” kata Najib.

Di Malaysia, telekomunikasi dan ICT bertindak sebagai pemboleh bagi pembangunan ekonomi dan pertumbuhan sejak sedekad yang lepas.
Jelasnya, ICT mempunyai kesan besar bagi pertumbu��han kerana ia berpotensi menjadikan keseluruhan rangkaian bekalan lebih efisien, bersepadu, transaksi kewangan yang pantas, penetapan harga dinamik dan proses telus.

“Peningkatan rangkaian sosial dan penyelesaian Web 2.0 memperkasakan individu bagi menggunakan Internet,” katanya.

----------------------

ICT sumbang RM75b pendapatan negara


INDUSTRI teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) negara ini disasarkan memberi sumbangan sebanyak 12.5 peratus iaitu RM75 bilion kepada Pendapatan Kasar Negara (GNI) menjelang akhir tahun ini.

Naib Presiden Pemasaran dan Penjenamaan MDeC, Niran Noor, berkata perkembangan positif itu dijana menerusi tumpuan khusus kepada dua pemacu utama, iaitu inovasi dan kreativiti serta produktiviti.


“Malaysia kini berada di fasa ketiga pembangunan ICT yang menumpukan usaha menjadikan negara ini sebagai hab rumusan produk atau perkhidmatan untuk dieksport,” katanya pada majlis Anugerah MSC Malaysia Asia-Pacific ICT (APICTA) untuk kali ke-12 di Kuala Lumpur.


Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Pengerusi MDeC, Tan Sri Abdul Halim Ali.


Beliau berkata, rancangan fasa ketiga dimulakan tahun ini dan dijangka berakhir pada 2020 dengan tumpuan khusus bagi menjadikan Malaysia destinasi penyumberan luar ICT, bidang kreatif dan e-Kerajaan.


“Ia dirancang mengikut Program Transformasi Digital dinamakan Digital Malaysia, sekali gus melengkapkan Agenda Transformasi Nasional yang memacu ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020,” katanya.



Inisiatif Digital Malaysia adalah satu daripada program transformasi utama dalam dasar transformasi nasional yang juga inisiatif terakhir diketengahkan selepas Program Transformasi Kerajaan (GTP), Model Baru Ekonomi (MBE), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Politik (PTP) dan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) yang diumumkan sebelum ini.
---------------------------------

TM diiktiraf Organisasi ICT Terbaik



TELEKOM Malaysia Bhd (TM) menerima anugerah Organisasi ICT Terbaik pada majlis makan malam ulangtahun ke-25 Pikom dan anugerah kepemimpinan ICT 2011 di Kuala Lumpur.

TM dalam kenyataannya berkata, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa juga dipilih sebagai Personaliti ICT Terbaik tahun ini.


Zamzamzairani berkata, anugerah itu memberi motivasi untuk terus menambah baik perkhidmatan dan nilai kepada pelanggan selepas mereka terus mengukuhkan kedudukan TM sebagai penyedia penyelesaian komunikasi bersepadu utama di Malaysia dan juga juara jalur lebar negara.


Beliau berkata, ia kini di peringkat berikutnya untuk meningkatkan perkhidmatan semasa dengan aplikasi inovatif bagi menyediakan pengalaman pelanggan yang hebat sama ada dengan perkhidmatan dan produk pengguna atau tawaran perniagaan.

------------------------
sumber : http://www.hmetro.com.my









No comments:

Post a Comment